Sunday 29 January 2012

petani-petani muda Malaysia

   Sawit adalah sumber bahan mentah yang mula meningkat permintaannya,terutama sekali oleh masyarakat  asia.peningkatan ini menyebabkan banyak minyak masak mula diseludup oleh ramai individu akibat ketamakan.Kini tanah yang gersang mula ditanami sawit kerana kesedaran mereka untuk meningkatkan pendapatan mahupun menebus guna tanah yang kosong untuk mencapai matlamat kerajaan.Selain minyak masak banyak bahan lain yang diperbuat oleh minyak sawit.selain kegunaan manusia hampas kelapa sawit turut digunakan sebagai makanan haiwan ternak dan cendawan yang selamat untuk dimakan mampu tumbuh ketika penghujung tahun hingga awal bulan mac kerana keadaan cuaca yang sering hujan dan lembap.Para petani yang muda tidak kiralah mereka perempuan atau lelaki sepatutnya tidak menyia-nyiakan waktu muda,kerana pada usia muda mereka masih membuat kerja-kerja berat ketik usia telah lanjut usia dan masalah kesihatan mampu menjadi penghalang untuk kerja-kerja berat ini.Kepada rakyat Sabah terutamanya kaum bumiputra gunalah tanah yang dengan sebaik-baiknya jangan menjualkan tanah kepada sembarangan orang kerana jika sifat ini berterusan habisla tanah kampung diambil oleh orang yang bukan berasal dari sini.Hanya ini yang mampu saya sampaikan waktu ini,untuk pengetahuan para pembaca saya tidak meneruskan persekolahan kerana ingin memepelajari selok-belok perniagaan sawit ini.